Fiqh Muamalat

Tiada yang lebih berharga dari hari ini.. Hari yang masih kita miliki untuk kita hiasi dengan amal penyelamat diri, dari azab neraka yang tidak terperi juga untuk syurga dan keredhaan Ilahi.. Ringankanlah bebanmu untuk hari ini, untuk kau galas segala kemuliaan diri.. Juga untuk jiwamu tabah menongkah ombak kehidupan setinggi langit ~

welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jual Beli Daging dengan Daging,Daging dengan Haiwan Hidup dan Haiwan dengan Haiwan .. ( ms 51-53)



1.       Jual Beli Daging dengan Daging.

     Kita telah bincangkan sebelum ini,daging berbeza-beza jenis mengikut asalnya dan daging termasuk dalam senarai barangan berunsur riba.Ia boleh dijual dengan daging lain dengan syarat mestilah ada persamaan kadar ,tunai dan diterima pada ketika kontrak dimeterai,jika daging tersebut adalah sejenis.Jika daging-daging tersebut berlainan jenis,contohnya daging kambing dengan daging lembu, perbezaan kadar dibenarkan walau bagaimanapun,jualan mestilah dilakukan secara tunai dan diterima pada ketika kontrak dimeterai.
     Di sini kita ingin bincangkan hukum jual beli haiwan dengan haiwan dan jual beli daging dengan haiwan.

2.      Jual Beli Haiwan dengan Haiwan
     Berdasarkan perbincangan tadi,kita dapat fahami bahawa haiwan tidak termasuk sebagai barangan yang berunsur riba kerana ia tidak boleh dimakan secara langsung dan ia bukan dikategorikan sebagai matawang.
      Atas dasar ini,jual beli haiwan dengan haiwan dengan kadar yang berbeza dibenarkan,sama ada kedua-dua haiwan tersebut daripada jenis yang sama atau jenis yang berbeza.Oleh itu,dibenarkan menjual seekor kambing dengan dua ekor kambing,atau seekor kambing dengan seekor unta,atau seekor unta dengan tiga ekor kambing atau sebagainya.Tiada beza sama ada haiwan ini boleh ditunggang atau boleh memikul bebanan atau tidak,boleh dimakan atau boleh membiak,atau hanya untuk dimakan sahaja.
      Selain itu, haiwan ini juga boleh dijual secara tunai atau bertangguh,diterima ketika majlis kontrak atau tidak,sama ada kedua-dua haiwan tersebut daripada jenis yang sama atau berlainan jenis.
       Dalil hukum ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin al-As r.a.
أن رسول الله (ص) أمره أن يجهز جيشا.فنفدت الإبل.فأمره أن يأخذ في قلاص الصدقة.فکان يأخذ البعير بالبعيرين إلى إبل الصدقة.
Bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memerintahkannya supaya mempersiapkan satu angkatan tentera.Lalu (beliau membahagikan unta kepada para tentera sehingga) unta habis (sedangkan masih ada yang tidak ada haiwan tunggangan).Baginda pun mengarahkannya supaya mengambil di kalangan unta-unta zakat yang muda.Beliau mengambil seekor unta dengan harga dua ekor unta (secara hutang) sehingga tiba masa adanya unta zakat(yang baru).
    Imam al-Nawawi rh.a. ada menyebut dalam al-Majmu’(9/454) hadis Abdullah bin Amr bin al-As r.huma.Ini yang diriwayatkan oleh Abu Daud,kemudian beliau tidak memberi sebarang ulasan.Ini menunjukkan bagi al-Nawawi,hadis ini baik,seperti yang dinyatakan tadi,walaupun sanad hadis ini dipertikaikan.Walau bagaimanapun menurut al-Baihaqi,hadis ini disokong oleh hadis yang sahih dan dia menyebut sanad hadis sahih tersebut.

3.      Jual Beli Daging dengan Haiwan
  Jual beli daging dengan haiwan tidak dibenarkan sama sekali baik secara tunai mahupun secara hutang.Sama ada daging tersebut daripada jenis yang sama dengan haiwan tersebut atau jenis yang berlainan.Sama ada haiwan tersebut boleh dimakan seperti kambing dengan daging lembu atau pun haiwan tersebut tidak boleh dimakan seperti daging lembu dengan keldai.Semua ini tidak dibenarkan sama sekali.
   Termasuk dalam ertikata daging ialah lemak,urat,hati,paru-paru,buah pinggang,limpa dan semua organ yang boleh dimakan.Walau bagaimanapun fuqahak membenarkan jual beli haiwan dengan kulit yang telah disamak kerana ia tiada kena mengena dengan daging atau sebagainya.Namun demikian kulit yang belum disamak tidak dibenarkan kerana ia masih dikategorikan sebagai daging.

Rujukan bagi Larangan Ini

i.Hadis Samurah r.a.:                                                                                                              

أن النبي(ص) نهى عن بيع الشاة باللحم.                                                                            
                                                                                                                                             Sesungguhnya Nabi s.a.w telah melarang jual beli kambing dengan daging.   
          ii. Hadis yang diriwayatkan oleh Malik dalam al-Muwatto’ secara                     
              mursal,daripada Said bin al-Musayyib..rhm.:
أن النبي(ص) نهى عن بيع الحيوان باللحم.

Sesungguhnya Nabi s.a.w telah melarang jual beli haiwan dengan daging.                                                                                            

Implikasi Urusniaga Berunsur Riba
      Bagi jual beli yang membabitkan barangan berunsur riba dengan barangan yang juga berunsur riba dan tidak menepati syarat-syarat yang boleh menjadikan jual beli tersebut sah dan bukan riba,contohnya,kedua-dua barangan sejenis dan wujud bayaran tambahan atau dikenali sebagai riba fadl atau pun berlainan jenis dengan unsur yang sama dan bayaran secara hutang yang dikenali sebagai riba nasi’ah,apakah hukum bagi kontrak urusniaga ini?
       Menurut fuqahak,kontrak ini tidak sah dan tidak membabitkan sebarang implikasi,seolah-olah kontrak ini tidak wujud.Sebabnya,riba adalah amalan pertukaran yang tidak dibenarkan.
      Ini bermakna kedua-dua pihak perlu memulangkan semula barangan yang telah ditukar tangan dan mengembalikan semula bayaran yang telah diambil.Selepas itu mereka perlu membuat kontrak baru dengan memenuhi syarat-syarat sah yang ditetapkan sebelum ini.Jika tidak,mereka dianggap berdosa dan layak menerima hukum berat daripada Allah Azza wa Jalla.Pendapatan mereka adalah haram dan tidak bersih.

                                        RIBA HUTANG
       Riba hutang ialah apabila seseorang meminjam sejumlah wang daripada seseorang untuk tempoh tertentu dan dia perlu memulangkannya bersama bayaran tambahan yang ditetapkan,ataupun dia memberikan pemiutang bayaran tertentu sebagai faedah atau keuntungan sehingga dia memulangkan semua wang yang dipinjam.  

pembentang : Nur Adilin Syarafina binti Jahidin 
                      ( 10BI01065 )

1 comments:

This comment has been removed by the author.
 

Post a Comment