Barangan yang tidak dapat dinyatakan spesifikasinya.
Barangan jenis ini tidak dibenarkan dan tidak sah untuk dijual beli salam. Ini kerana membuat kontrak untuk barangan yang tidak diketahui adalah tindakan yang salah dan boleh membawa kepada perbalahan.
Di sini para fuqaha telah membuat beberapa contoh diantaranya ialah :
· Kulit – kulit adalah berbeza-beza dari segi tebal dan nipis sedangkan ia adalah aspek utama dalam jual beli kulit.
· Batu Permata – harga permata adalah berbeza mengikut bentuk dan sifat-sifatnya dan perkara ini tidak dapat dinyatakan spesifikasinya dengan jelas.
· Makanan yang penyediaannya melibatkan penggunaan api sama ada dipanggang, digoreng atau dimasak. Kerana penggunaan api memberi kesan yang berbeza dan sudah tentu tidak dapat dinyatakan dgn jelas. Kecuali bagi barangan yang dibakar dgn tujuan untuk memisahkannya, kerana kesan pembakaran tersebut terlalu kecil.
o Minyak sapi yang dibakar untuk tujuan memisahkannya daripada susu.
o Madu yang dibakar untuk memisahkannya daripada sarangnya.
b. Barangan tersebut mestilah dikenalpasti jenis, kualiti, jumlah dan sifat oleh kedua2 pihak.
· Jenis : gandum atau barli.
· Kualiti : tempatan atau import
· Jumlah : 1000 gantang ikut sukatan atau mengikut timbangan jika boleh ditimbang, mengikut bilangan jika boleh dikira atau dengan ukuran sekiranya boleh diukur.
· Sifat : contohnya dinyatakan dengan warna, ukiran atau acuan, tebal atau nipis, atau sifat lain yang berbeza-beza mengikut kehendak pengguna.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“barangsiapa yang berjual beli salaf (salam), hendaklah dia berjual beli salaf dengan ukuran yang dimaklumi, timbangan yang dimaklumi dan sehingga tempoh yang dimaklumi”
Perkara-perkara yang boleh digunakan bagi mengenalpasti barangan yang dijual boleh diqiaskan di sini
c. barangan tersebut tidak bercampur aduk dengan barang yang berlainan jenis.
Contohnya makanan yang bercampur aduk dengan barli dan sebagainya. Ataupun minyak wangi yang bercampur antara kasturi, anbar dan sebagainya. Sedangkan kadar campuran tersebut tidak diketahui dengan jelas.
Jika kandungan campuran dan kadar setiap campuran boleh diketahui dengan jelas, jual beli salam adalah sah. Contohnya, pakaian yang diperbuat daripada bulu dan kapas, dan kadar campuran bulu dan kapas ada dinyatakan dgn jelas.
Termasuklah dalam barangan yang sah dijual beli secara salam, barangan yang dicampur dangan bahan tertentu untuk kepentingan dan supaya tahan lama. Contohnya, keju yang diproses dengan mencampur garam dan renit dalam susu. Barangan ini boleh dijual beli secara salam.
d. Barang tersebut mestilah diperhutangkan, iaitu barangan dalam tanggungan (zimmah) yang hanya dinyatakan sifat tanpa merujuk kepada barangan tertentu.
Contohnya, pembeli membayar RM1000 untuk membeli 100 helai baju dengan spesifikasi yang tertentu. Jika pembeli berkata, “saya bayar secara jual beli salam sebanyak RM1000 untuk 100 helai baju ini”, iaitu pakaian yang telah siap dan berada dihadapannya,jual beli salam itu tidak sah. Sebab, jual beli salam disyariatkan bagi jual beli barang dalam tanggungan yang hanya dinyatakan sifatnya sahaja dan lafaz kontrak hendaklah merujuk kepada maksud ini.
Lafaz kontrak seperti contoh diatas tidak menjadikan jual beli salam. Ini adalah kerana lafaz kontrak jual beli salam hendaklah menunjukkan bahawa barangan yang dijual adalah dalam bentuk hutang. Sedangkan ungkapan “100 helai baju ini” menunjukkan barangan yang dijual bukan hutang.
dengan ini wujud percanggahan dalam lafaz kontrak sekaligus bermakna kontrak tersebut tidak sah.
dengan ini wujud percanggahan dalam lafaz kontrak sekaligus bermakna kontrak tersebut tidak sah.
e. Barang tersebut mampu diserahkan
Barang tersebut mampu diserahkan, berdasarkan tempoh dan jenis yang ditetapkan. Dan menurut sangkaan berat, jenis yang ditetapkan itu akan wujud pada masa yang ditetapkan. Jika jual beli salam tersebut membabitkan barangan yang biasanya tidak wujud pada masa yang ditetapkan, contohnya buah anggur dalam musim sejuk atau buah kurma atau sebagainya, maka jual beli salam itu tidak sah.
Jika barangan yang dijual secara jual beli salam mudah didapati, tetapi tidak berjaya diperolehi pada masa yang ditetapkan, perjanjian (al-Salam) tersebut tidak terbatal. Pembeli boleh membuat pilihan samaada menunggu sehingga barang yang ditempah wujud atau membatalkan perjanjian tersebut dan mengambil semula modal atau harga yang telah dibayar, tanpa kurang dan lebih.
f. Tempoh penyerahan perlu ditetapkan.
Tempoh penyerahan perlu dihadkan dalam tempoh tertentu yang dimaklumi bersama. Contohnya pembeli berkata : “Saya serahkan RM 1,000.00 untuk 10 helai baju yang mempunyai spesifikasi seperti berikut dengan syarat anda serahkan barangan tersebut kepada saya selepas sebulan dari tarikh kontrak ini atau pada awal bulan hadapan”. Jika tiada sebarang tempoh yang dinyatakan atau ada tempoh dinyatakan tetapi tidak dinyatakan dengan tepat, contohnya pembeli berkata : “Barangan tersebut hendaklah diserahkan pada masa si fulan pulang dari musafirnya.” Maka kontrak ini tidak sah kerana tempoh di sini tidak dinyatakan dengan jelas. Ini kerana masa si fulan itu kembali tidak diketahui dengan tepat. Akibatnya akan berlaku perselisihan dan perbalahan tentang tempoh yang dimaksudkan oleh kedua-dua pihak.
Dalil dalam perkara ini ialah hadith Nabi saw yang bermaksud :
“Hingga ke tempoh yang dimaklumi.”
Jika penjual membawa barang yang ditempah sebelum tempoh yang ditetapkan, pembeli boleh mengambil barang tersebut dengan syarat tiada sebarang perbelanjaan atau bebanan yang perlu ditangung dalam baki tempoh yang dipersetujui. Pembeli juga tidak mempunyai alasan untuk tidak menerimanya. Namun jika barangan tersebut mempunyai sebab yang dibenarkan syara’ untuk pembeli tidak menerimanya awal dari waktu yang telah ditetapkan, seperti memerlukan tempat penyimpanan dan pembeli ketiadaan tempat, atau barangan tersebut adalah haiwan yang perlu diberikan makan, atau ketika itu berlaku banyak kes rompakan dan pembeli bimbang keselamatan barangnya. Maka pembeli tidak boleh dipaksa untuk menerima barang tersebut dan dia berhak menolaknya.
7- Tempat penyerahan perlu ditetapkan.
Ini jika tempat berlaku kontrak tidak sesuai untuk dijadikan tempat penyerahan, ataupun sesuai, tetapi penghantarannya memerlukan perbelanjaan. Jika tempat tersebut sesuai untuk penyerahan dan penghantarannya tidak memerlukan perbelanjaan, tempat itu boleh dijadikan tempat penyerahan dengan syarat tiada tempat penyerahan lain yang dicatatkan dalam kontrak. Jika kedua-dua pihak bersetuju menjadikan tempat lain sebagai tempat penyerahan, penyerahan hendaklah dilakukan disitu. Jika berlaku perselisihan dalam soal ini, perlu dirujuk kepada amalan setempat yang diguna pakai.
1 comments:
Hello.
Saya Puan Leonardo Dora seorang pemberi pinjaman swasta yang menyediakan peluang hidup pinjaman untuk individu, firma perniagaan, insurans, dan lain-lain. Sama ada anda berada dalam masalah kewangan atau memerlukan pinjaman untuk melabur atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda tidak jauh seperti kami di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu. Kami menawarkan semua jenis pinjaman dalam mata wang mata wang dengan kadar 2% tanpa bayaran pendahuluan. Saya ingin menggunakan medium hebat ini untuk memberitahu anda bahawa kami berada di sini untuk membantu anda dengan apa-apa jenis pinjaman untuk menyelesaikan masalah kewangan anda. ya kemudian kembali sekarang melalui email (leonardodorafinance@gmail.com) untuk keterangan lebih lanjut, anda sangat istimewa.
Post a Comment