Fiqh Muamalat

Tiada yang lebih berharga dari hari ini.. Hari yang masih kita miliki untuk kita hiasi dengan amal penyelamat diri, dari azab neraka yang tidak terperi juga untuk syurga dan keredhaan Ilahi.. Ringankanlah bebanmu untuk hari ini, untuk kau galas segala kemuliaan diri.. Juga untuk jiwamu tabah menongkah ombak kehidupan setinggi langit ~

welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jual beli yang mengandungi unsur perjudian , Kontrak dua dalam satu , Kontrak dua dalam satu , Jual hutang dengan hutang ( ms 15-17 )

i.         Jual beli yang mengandungi unsur perjudian
               
                Jual beli yang mengandungi unsur perjudian merangkumi jual beli yang tidak menyatakan barangan yang dijual secara jelas, atau wujud perbuatan yang menafikan kehendak salah satu pihak. Di antara bentuk jual beli jenis ini yang dinyatakan oleh nas ialah:
            Jual beli munabazah (campak mencampak) dan mulamasah (sentuh-menyentuh). Iaitu kedua-dua pihak berurusan dengan suau barangan yang tidak ditentukan mana satu. Dengan itu, apabila penjual mencampakkan mana-mana satu barangan atau pembeli menyentuh mana-mana satu barangan, barangan tersebutlah yang akan dijual. Termasuk dalam erti kata jual beli ini ialah menjual baju dalam gelap dan pembeli akan menyentuh tanpa melihat barangan yang ingin dibeli.
            Begitu juga pembelian sesuau barang walaupun sudah ditentukan, tetapi dikira berlaku terus apabila sahaja barang tersebut dilempar atau disentuh.
            Jelas dalam contoh yang pertama, wujud keadaan tidak mengetahui barangan yang dijual. Sementara dalam contoh yang kedua, wujud keadaan kehendak salah satu pihak dinafikan. Ini kerana pembeli atau penjual tidak mengetahui sebaik sahaja sesuatu barang dicampak atau disentuh, pihak yang satu lagi mesti membeli atau menjual barang tersebut.
            Abu Sa'id al-Khudri r.a meriwayatkan dengan katanya:
نهى رسول الله عن الملامسة والمنابذة في البيع.
Rasulullah s.a.w telah melarang jual beli secara sentuh-menyentuh (mulamasah) dan campak-mencampak (munabazah).

            Dalam menafsir istilah ini, periwayat hadis ini ada berkata: "Mulamasah ialah seorang lelaki menyentuh sehelai pakaian dengan tangannya pada waktu malam atau siang, dan dia tidak boleh mengambil mengambil selain daripada barangan yang disentuhnya itu. Munabazah pula ialah seorang lelaki mencampakkan bajunya kepada lelaki lain dan lelaki itu mencampakkan pula bajunya kepada lelaki pertama, dengan itu berlakulah jual beli tanpa melihat atau saling meredai."
            Jual beli yang hampir sama dengan jual beli sentuhan dan campakan ialah jual beli baling batu kelikir (بيع الحصاة). Dalam jual beli ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk berjual beli salah satu mereka membaling anak batu, dan mana-mana barangan yang terkena batu tersebut akan dijual. Terdapat nas yang melarang jual beli seperti ini dan para fuqaha' pula merumuskan jual beli seperti ini tidak sah kerana wujudnya ketidak pastian dan penafian kepada kehendak salah satu pihak yang berjaul beli.

            Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
 نهى رسول الله عن بيع الحصاة.
                                         Nabi s.a.w telah melarang jual beli baling batu kelikir.
            
Demikian juga dengan jual beli yang diamalkan hari ini. Iaitu beberapa barangan diletakkan di suatu tempat dan sekeping papan atau besi akan dipusingkan. Mana-mana barangan yang berada di tempat papan atau besi itu berhenti akan dijual kepada pembeli dengan harga tertentu. Begitu juga dengan barangan yang ditandakan dengan nombor, kemudian dipusingkan papan putar yang dituliskan dengan nombor, mana-mana nombor yang bertepatan dengan nombor yanga ada pada barangan tersebut akan diambil sebagai barangan yang dijual dan pembeli mesti membelinya.

i.        Kontrak dua dalam satu

      Maksudnya memasukkan dua jenis kontrak ke dalam satu sighah kontrak pada masa yang sama. Contohnya, penjual berkata: Saya jual rumah ini dengan harga RM 1,000.00 tunai dan RM 2,000.00 secara ansuran atau selama setahun. pembeli pula menerima jualan secara atau selama setahun. Pembeli pula menerima jualan secara tunai atau ansuran tersebut. Atau pun penjual berkata: Saya jual kereta ini dengan harga RM 1,000.00 dengan syarat anda menjual kepada saya rumah anda dengan anda RM 2,000.00. Cara jual beli ini adalah antara bentuk jual beli yang diharamkan dan tidak sah. Ini kerana harga sebenar tidak diketahui sepertimana dalam contoh yang pertama, atau pun jualan tersebut dikaitkan dengan syarat tertentu sepertimana dalam contoh kedua.
      Abu Hurairah r.a meriwayatkan, katanya:
نهى رسول الله عن بيعتين في بيعة.
                           Rasulullah s.a.w melarang dua jual beli dalam satu jual beli.

Jual beli secara ansuran
     Dalam kesempatan ini kami ingin menyatakan bahawa tidak salah untuk menjalankan jual beli secara ansuran kerana jual beli ini adalah sah. Dengan syarat dalam sighah kontrak tersebut tidak disebutkan dua harga yang berlainan, seperti contoh di atas. Ini kerana ia tidak akan menjadi dua jual beli dalam satu masa dan ia adalah tidak sah seperti yang sedia maklum. Namun jika kedua-dua pihak berdamai mengenai harga sebelum kontrak dibuat, kemudian mereka bersetuju untuk membuat bayaran secara ansuran, seterusnya mereka memeterai kontrak, kontrak tersebut sah, tidak haram dan tidak salah. Walaupun mereka ada menyebut tentang bayaran secara tunai semasa berdamai. Dengan syarat ia tidak dimasukkan ketika mengikat kontrak.
      Tidak sepatutnya terlintas dalam fikiran kita kontrak seperti ini termasuk dalam erti kata riba'. Perbezaan harga di sini sebenarnya adalah ganti kepada tempoh. Bagi kami, riba' ialah salah satu pihak mengambil tambahan daripada jenis barangan yang sama yang diberikannya kepada pihak satu lagi sebagai ganti kepada tempoh. Contohnya, satu pihak meminjamkan RM 1,000.00 dengan syarat dia akan menerima daripada pihak peminjam RM 1,100.00 selepas sebulan. Atau pun penjual menjual 1,000 gantang gandum dan dibayar dengan 1,100 gantang gandum yang akan dibayar pada masa tertentu. Masalah ini akan dibincangkan dalam tajuk riba' nanti.
      Berbeza jika penjual memberikan suatu barangan yang bernilai RM 1,000.00 pada masa sekarang tetapi dia menjualkannya dengan harga RM 1,100.00 untuk tempoh tertentu atau dibayar secara ansuran. Amalan seperti ini tiada kena mengena dengan riba'. Malah ia merupakan suatu bentuk tolak-ansur dalam jual beli dan memudahkan orang ramai. Sebabnya, penjual memberikan barangan yang diberikannya. Tidak diragukan lagi bahawa jual beli yang diselesaikan secara bertangguh. Oleh itu, semua orang lebih mengutamakan jual beli yang melibatkan harga yang lebih rendah walaupun terpaksa menyelesaikannya secara tunai daripada jual beli yang diselesaikan secara bertangguh tetapi melibatkan harga yang lebih tinggi.

i.        Jual beli cengkeram (urbun)

            Jual beli cengkeram (urbun) ialah suatu barangan dijual dengan pembeli perlu membayar sebahagian daripada harga barangan yang dibeli kepada penjual. Bayaran ini akan menjadi hadiah kepada penjual. Bayaran ini akan menjadi hadiah kepada penjual jika jual beli tersebut dibatalkan. Jika jual beli diteruskan, bayaran tersebut dikira ssebagai sebahagian daripada harga barangan. Jual beli ini diharamkan dan tidak sah kerana wujudnya syarat yang tidak betul iaitu hadiah yang diberikan kepada penjual.
            Abdullah bin 'Amru bin al-'As r.a meriwayatkan, katanya:
 نهى رسول الله عن بيع العربان.
                                 Rasulullah s.a.w telah melarang jual beli cengkeram.

           Perlu diingatkan di sini, amalan ini diharamkan dan tidak sah hanya jika perkara tersebut dijadikan syarat dalam kontrak. Namun jika ia tidak dijadikan syarat, tidak salah penjual meminta pembeli membayar sebahagian daripada harga sebagai cengkeram selepas kontrak tersebut. Cuma penjual tidak boleh mengambil  bayaran tersebut jika kontrak tersebut dibatalkan melainkan dengan persetujuan pembeli.

i.        Jual hutang dengan hutang  

      Contohnya, si B berhutang dengan si A , dalam masa yang sama si A ada berhutang dengan si C. Lalu si A menjual hutangnya yang perlu dibayar oleh si B kepada si C (bermakna si B perlu menjelaskan hutangnya dengan si A kepada si C). Jual beli ini dan yang seumpama dengannya tidak dibenarkan  dan tidak sah kerana barangan yang dijual tidak boelh diserahkan.
      Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:
                Nabi s.a.w telah melarang jual beli hutang dengan hutang.

      Sebahagian ulama menghuraikan  amalan ini dengan membawa contoh lain; seseorang membeli barangan yang akan diterima selepas tempoh tertentu dan harganya dibayar serta-merta. Namun apabila tempoh penyerahan tiba, penjual gagal menyerahkan barangan tersebut. Kemudian penjual berkata kepada pembeli: Juallah barangan ini kepada saya dengan harga sekian dan saya akan bayar dalam tempoh sekian. Jual beli ini juga tdiak sah.
      Termasuk dalam erti jual hutang dengan hutang ialah seseorang menjual hutangnya kepada orang yang berhutang dengannnya dan bayarannya adalah hutang yang lain.
      Jika penjual menjual hutangnya yang berada di tangan seseorang kepada orang lain (bukan orang yang berhutang dengannya), dan bayarannya ialah barangan tertentu yang diserahkan secara tunai atau wang dengan kadar tertentu, jual beli ini batal kerana barangan yang dijual tidak mampu diserahkan kepada pembeli.
      Namun jika penjual menjual hutangnya kepada orang yang berhutang dengannya dan bayarannya adalah barangan ('ain) tertentu, jual beli itu adalah sah. Contohnya, penjual menjual hutangnya yang berjumlah RM 1,000.00 kepada orang yang berhutang dengannya, bayarannya ialah permaidani, atau bayarannya ialah RM 500.00 yang dibayar oleh orang yang berhutang itu. Jual beli ini dianggap sah kerana ia termasuk dalam ertikata sulh (permaidani) yang dibenarkan. Perkara ini akan dibincangkan nanti dengan izin Allah.
      Amalan ini turut disokong oelh sebuah hadis iaitu hadis Abdullah bin Umar r.a, katanya:
      Saya pergi bertemu Nabi s.a.w dan berkata: Saya menjual seekor unta di Baqi'. Bolehkah saya jual dengan nilai dinar tetapi saya terima dalam nilai dirham atau saya jual dengan nilai dirham dan saya terima dengan nilai dinar? Baginda menjawab: Tidak salah jika engkau ambil mengikut nilai pada hari itu, selagimana kamu berdua masih belum berpisah dan kamu berdua masih berurusan.
      Maksud kata-kata Ibnu Umar. "Saya jual dengan nilai dinar" ialah jualan secara hutang kerana dia tidak menerima nilai tersebut ketika itu dan kemudian nilai ini ditukar pula kepada nilai dirham yang diterimanya secara tunai. Jadi jual beli ini ialah jualan hutang yang dibayar dengan duit dirham oleh penghutang sendiri. Baqi' ialah suatu kawasan perkuburan penduduk Madinah. Sebelum itu tempat tersebut adalah kawasan pasar.
 
           

Oleh : Nur Hazirah Binti Zainal Abidin     
                     ( 10BI01048 )

1 comments:

Salam...contoh sekarang jual beli di online lazada dan shopee secara online...adakah sebahagian dr riba? Sbb sudah dinyatakan interest setiap bln mengikut tempoh ansuran

 

Post a Comment