Fiqh Muamalat

Tiada yang lebih berharga dari hari ini.. Hari yang masih kita miliki untuk kita hiasi dengan amal penyelamat diri, dari azab neraka yang tidak terperi juga untuk syurga dan keredhaan Ilahi.. Ringankanlah bebanmu untuk hari ini, untuk kau galas segala kemuliaan diri.. Juga untuk jiwamu tabah menongkah ombak kehidupan setinggi langit ~

welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jual Beli yang Dibenarkan & yang Tidak Dibenarkan (ms 12-14)

Jual Beli yang Dibenarkan

Terdapat beberapa bentuk jualbeli yang berbeza prosesnya berbanding dengan proses jualbeli yang biasa diamalkan. Perbezaan ini menyebabkan wujud salah faham bahawa jualbeli seperti ini tidak dibenarkan. Atas dasar ini,  para fuqaha menjelaskan tentang jualbeli ini secara khusus bagi menolak sebarang salah faham mengenai kesahihannya. Jualbeli tersebut adalah seperti berikut :


1.      Tauliah

Penjual menjual barangan yang dibeli dan telah diterimanya dengan harga asal ( harga ketika membelinya) tanpa menyebutkan harganya. Atau pun penjual berkata kepada pembeli : Saya bersetuju dengan kontrak ini secara tauliah.

2.      Isyrak (Berkongsi)

Jual beli ini hampir sama seperti tauliah tetapi hanya membabitkan sebahagian barangan yang dijual sahaja, bukan semua. Contohnya penjual berkata : “Saya serahkan separuh daripada kontrak ini kepada anda sebagai rakan kongsi dengan nilai separuh harga”, atau seumpama dengannya.

            Namun bahagian yang ingin dikongsi perlu dinyatakan dengan jelas. Jika bahagian tersebut tidakdinyatakan dengan jelas, contohnya penjual berkata : Saya serahkan kepada anda sebahagian daripada kontrak ini sebagai rakan kongsi, kontrak tersebut tidak sah kerana wujud ketidakjelasan. Walaubagaimanapun jika had perkongsian tersebut tidak dinyatakan dengan jelas,  contohnya penjual berkata : “saya jadikan anda sebagai rakan kongsi saya dalam kontrak ini.” Kontrak tersebut diterima sah dan mereka memiliki hak yang sama rata.

3.      Murabahah (keuntungan)

Penjual menjual barangan yang dibeli dan telah diterimanya kepada pembeli dengan harga asal ( harga ketika membelinya ) dengan tambahan keuntungan mengikut kadar yang diketahui dan ditentukan.  Contohnya, penjual berkata :Saya jual rumah ini dengan harga yang saya beli dengan tambahan untung 10%.  Ataupun penjual berkata :Dengan ditambah sebuah kereta.  Atau seumpamanya dan ini bermakna keuntungan tersebut tidak perlu sama dengan jenis bayaran yang ditetapkan.

4.      MuhatatahatauWadhi’ah

Penjual menjual barangan yang dibeli dan telah diterimanya kepada pembeli dengan harga asal berserta dengan potongan atau kerugian dengan kadar tertentu contohnya 10% atau seumpamanya. Jadi, jual beli muhatatahatau wadhia’h berlawanan dengan jual beli murabahah.


Semua jual beli ini perlu memenuhi syarat berikut untuk menjadikannya sah:

            Kedua-dua pihak perlu mengetahui harga asal pada masa kontrak dimetrai. Jika kedua-dua pihak atau salah satu pihak tidak mengetahui harga asal ketika kontrak dimeterai, jualbeli tersebut tidak sah walaupun harga tersebut dapat diketahui ketika masih dalam majlis kontrak dan sebelum mereka berpisah.
            Pembeli kedua tidak mengetahui harga asal barangan tersebut bukanlah suatu yang sukar diterima. Demikian juga dengan penjual kerana penjual juga mungkin terlupa harga asal ataupun atas sebab-sebab lain.
            Perlu diingatkan di sini, jika penjualberkata : Saya jual dengan harga saya beli ( dalam semua bentuk jualbeli di atas ), kenyataan seperti ini hanya merujuk kepada harga asal yang dibayar tidak termasuk perbelanjaan-perbelanjaan lain jika ada.
            Jika penjual berkata : saya jual kepada anda dengan kos yang saya tanggung. Kenyataan ini merujuk kepada segala perbelanjaan dalam jualbeli tersebut termasuk upah pengangkutan, kos penyimpanan (stor) dan sebagainya.
            Keempat-empat jual beli ini dibenarkan dan bertetapan dengan syarak. Dalil-dalinya adalah seperti berikut :
        I.               Kesemua jualbeli ini memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam jual beli. 

                             Semua jualbeli ini termasuk dalam firman Allah yang bermaksud:
Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan
mengharamkan riba. (Al-Baqarah : 275).

    II.            Beberapa jenis jualbeli ini berpandukan kepada hadis mengenai hijrah yang panjang lebar iaitu apabila Abu Bakar r.a berkata kepada Nabi s.a.w.: “Ambillah salah satu daripada dua ekor untaku ini.” Nabi s.a.w membalas: “Boleh tetapi dengan bayaran”. Secara zahirnya, apa yang dilakukan di sini merujuk kepada kontrak tauliah.



JualBeli yang TidakDibenarkan

            Terdapat beberapa bentuk jualbeli yang tidak dibenarkan oleh syarak kerana sesuatu kecacatan atau kerana sesuatu perkara yang dikaitkan dengan jualbeli tersebut. Jualbeli yang tidak dibenarkan ini terdapat dalam duajenis, iaitu jualbeli yang tidak sah dan jualbeli yang sah tetapi haram.

1.      Jualbeli yang Diharamkan danTidakSah

Jualbeli ini tidakdibenarkan oleh syarak kerana tidak memenuhi rukun-rukun atau syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh syarak.Syarak telah menyenaraikan beberapa jenis jualbeli yang tidak dibenarkan dan para fuqaha telah menetapkan jualbeli ini sebagai tidak sah.

                                i.            Menjual susu yang masih belum diperah atau bulu haiwan yang masih belum diketam atau buah-buahan yang masih belum masak.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya :
“Rasulullah s.a.w. telah melarang menjual buah sehingga ia boleh dimakan atau bulu yang masih di badan atau susu yang masih di pundi susu atau keju yang masih dalam bentuk susu.”
(Maksud keju yang masih dalam bentuk susu ialah susu itu masih belum diperam dan diproses.)

            Punca jualbeli ini seperti tidak sah kerana wujud ketidakpastian tentang barangan yang dijual. Buah-buahan yang masih belum masak tidak diketahui berapakah nilainya apabila telah masak, kerana mungkin wujud perbezaan nilai yang jauh. Demekian juga dengan susu yang masih dalam pundi susu. Bulu haiwan pula jika diketam sehingga kepangkalnya akan membawa kemudaratan kepada haiwan tersebut. Oleh itu, ia tidak dibenarkan. Jika dibiarkan sebahagiaannya dengan tujuan tidak memudaratkan haiwan tersebut, jumlah yang ditinggalkan tidak diketahui pula.Semua ini terdedah kepada risiko dan ketidakpastian yang menyebabkan jualbeli tersebut tidak sah.
            Namun demikian, buah-buahan yang belum masih boleh dijual dengan syarat ia mestilah dipetik dan boleh dimanfaatkan. Contohnya, anggur yang belum masak.Ini kerana faktor yang menghalang sesuatu jualbeli iaitu risiko (gharar), ia tidakwujud di sini. Sebaliknya syarat yang dikenakan keatas barangan yang dijual ialah mestilah barangan itu bermanfaat. Jika buah-buahan yang dipetik itu tidak boleh dimanfaatkan, maka jualbeli itu tidak sah.


oleh : Muhammad Amirul Asyraf B. Abd Ghani
           ( 10BI01037 )

0 comments:

Post a Comment