5. Monopoli (ihtikar)
Monopoli ialah membeli barangan yang disenaraikan sebagai makanan asasi daripada pasaran, apatah lagi jika dilakukan ketika barangan tersebut dihimpun dan disorok dengan tujuan menaikkan harganya berlipat kali ganda dan kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan mengeksploitasikan keperluan orang ramai.
Perbuatan seperti ini adalah haram berpandukan hadis:
Monopoli tidaklah dilakukan melainkan oleh orang yang berdosa.
Orang yang bersalah ialah orang yang berdosa dan membuat kesalahan. Jika orang ramai amat memerlukan makanan asasi tersebut atau keadaan menjadi darurat ,orang yang memonopoli tadi boleh dipaksa menjual barangan tersebut dengan harga yang munasabah. Jika dia engkar, hakim boleh menjual barangan tersebut bagi pihaknya dan hasil jualan diserahkan kepadanya.
Perlu difahami di sini, membeli barangan keperluan asasi ini ketika musimnya dan dalam keadaan barangan tersebut masih banyak di pasaran dengan tujuan menyimpan dan menjual semula pada masa yang diperlukan, sepertimana yang diamalkan hari ini oleh kebanyakan peniaga apabila mereka membeli keju contohnya. Atau kilang-kilang yang membuat beberapa jenis makanan dan mereka menyimpan untuk mengelakkan sebarang kerosakan kepada makanan tersebut dengan tujuan supaya orang ramai boleh memperolehinya ketika diperlukan, amalan ini tidak termasuk dalam erti kata ihtikar atau monopoli.
6. Jualan atas jualan atau tawaran atas tawaran
Jualan atas jualan ialah seseorang menemui pembeli yang masih dalam tempoh khiyar lalu dia berkata: Saya akan jual kepada anda barangan yang lebih baik daripada yang anda belidengan harga yang sama. Ataupun ,saya akan jual kepada anda barangan yang sama dengan harga yang lebih rendah.
Tawaran atas tawaran pula ialah apabila ada seseorang sedang tawar menawar untuk mendapatkan suatu barangan dan mungkin mereka telah bersetuju dengan harganya, lalu datang seseorang menawarkan pemilik barangan tadi supaya menjual kepadanya dengan harga yang lebih tinggi. Ataupun dia menawarkan pembeli tadi barangan yang sama dengan harga yang lebih rendah atau barangan yang lebih baik dengan harga yang sama.
Semua perbuatan ini adalah haram berpandukan hadis yang diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
Janganlah seseorang lelaki berjual beli atas jualbeli saudaranya.
Janganlah seseorang muslim tawar menawar atas tawar menawar saudaranya.
7. Jual beli orang yang diketahui semua hartanya adalah haram
Apabila diketahui semua harta yang dimiliki oleh seseorang adalah harta haram, contohnya harta yang diperolehi daripada jualan barangan haram seperti arak, khinzir,bangkai atau anjing, ataupun pendapatannya daripada sumber yang haram, seperti loteri atau rasuah atau hasil sewaan barangan yang diharamkan atau sebagainya, maka haram menjual barangan kepadanya dan diharamkan membeli daripadanya. Hukum ini merangkumi semua bentuk urusan yang membabitkan individu tersebut seperti yang dinyatakan di atas adalah makruh.
Dalil Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Apa yang halal itu nyata, dan apa yang haram itu juga nyata. Antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang samar-samar dan tidak jelas hukumnya) yang tidak diketahui oleh semua manusia. Sesiapa yang memelihara dirinya daripada perkara-perkara syubhah, maka sesungguhnya dia telah membersihkan agama dan maruahnya. Sesiapa yang terjebak ke dalam perkara-perkara syubhah, nescaya dia telah terjebak ke dalam perkara yang haram.
KHIYAR
Pilihan untuk meneruskan atau membatalkan kontrak yang telah dipersetujui diberikan oleh syarak kepada pihak yang menjalankan kontrak .jual beli dalam tiga keadaan yang disebut sebagai:
-Khiyar majlis
-Khiyar syarat
-Khiyar aib
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI
Menjadi satu dasar dalam kontrak jual beli,kontrak dianggap sah serta merta jika segala rukun dan syarat jual beli telah dipenuhi. Dengan ini, hak milik barangan yang dijual bertukar milik kepada pembeli dan hak milik barangan yang dijual bertukar milik kepada pembeli dan hak milik barangan yang digunakan sebagai bayaran menjadi milik penjual. Oleh itu,kedua-dua pihak tidak mempunyai pilihan untuk membatalkan kontrak tersebut.
Namun demikian, Allah taala tetap mengambil kira kepentingan manusia. Kedua-dua pihak yang menjalankan kontrak mungkin bersikap gopoh dan tidak teliti dalam membuat keputusan. Oleh yang demikian,kesahihan jual beli tidak semestinya berdasarkan hanya apabila rukun dan syaratnya dipenuhi. Sebaliknya, kedua-dua pihak berhak untuk meneruskan atau membatalkan kontrak yang telah dipersetujui. Langkah sebagai tanda prihatin dan bertujuan memastikan agar kontrak tersebut dijalankan dengan penuh kerelaan.
Keterangan mengenai khiyar-khiyar tersebut adalah seperti berikut:
KHIYAR MAJLIS
Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jual beli tersebut walaupun kontrak tersebut telah dipersetujui dan disahkan. Dengan syarat ianya dilakukan di majlis yang sama dan secara fizikalnya,mereka masih belum berpisah. Jika mereka telah berpisah daripada majlis jual beli tersebut khiyar ini tidak dibenarkan dan kontrak tersebut perlu dilaksanakan. Apa yang dimaksudkan dengan berpisah boleh dirujuk kepada amalan yang digunapakai (uruf).
i. Bagi kontrak yang dimeterai di dalam sebuah rumah yang besar,sekiranya salah satu pihak keluar dari bilik ke halaman rumah atau sebaliknya, mereka dianggap telah berpisah.
ii. Jika mereka berada dalam sebuah rumah yang kecil , perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak keluar dari rumah tersebut.
iii. Jika mereka berada di pasar atau kawasan lapang atau di atas kapal atau sebagainya, perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak berpusing kebelakang dan melangkah beberapa tapak.
iv. Sekiranya mereka berdua keluar bersama –sama atau berjalan bersama-sama, majlis tersebut masih berterusan dan mereka masih berhak menuntut khiyar.
Namun demikian hak khiyar yang dimiliki tidak boleh digunakan jika salah seorang di antara mereka ataupun kedua-dua pihak membuat keputusan untuk memeterai kontrak jual beli tersebut. Contohnya apabila mereka berkata “kami telah bersetuju untuk meneruskannnya”. Demikian juga jika salah satu pihak meminta pihak satu lagi membuat pilihan, contohnya penjual berkata “ Pilih atau teruskan jual beli” tindakan ini menggugurkan hak khiyarnya. Jika pihak kedua juga membuat pilihan, ini bermakna haknya untuk khiyar majlis juga telah digugurkan kerana kedua-dua pihak menggugurkan sendiri hak yang telah diberikan oleh syarak kepada mereka. Jika hanya satu pihak sahaja yang membuat pilihan , hak menuntut khiyar hanya gugur daripada pihak tersebut dan pihak kedua masih berhak menuntut khiyar.
sabda Rasulullah s.a.w:
Dua pihak yang berjual beli boleh membuat pilihan selagi mereka tidak berpisah dan sebelum itu mereka bertemu, atau salah seorang di antara mereka memberi pilihan kepada seorang lagi.
Dalil di atas menunjukkan maksud perpisahan ialah perpisahan fizikal sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Ibnu Umar r.a telah menafsirkan hadis ini melalui perbuatannya kerana beliau adalah periwayat hadis ini. Imam Malik meriwayatkan daripada Nafir h.a. katanya:
Jika Ibnu Umar r.a membeli sesuatu yang disukainya, dia akan meninggalkan penjualnya.
Juga diriwayatkan daripada ibnu Umar r.a katanya:
Saya menjual kepada Amirul Mukminin Uthman sejumlah harta di al-wadi dengan sejumlah harta miliknya di khaibar.Setelah selesai kami berjual beli ,saya segera berpaling dan keluar dari rumahnya kerana saya bimbangdiaakanmemintasemuajualannya.Menurutsunnah, dua orang yang berjual beli boleh membuat pilihan sehinggalah mereka berpisah.
KHIYAR SYARAT
Khiyar syarat berlaku apabila salah satu pihak atau kedua-dua pihak menetapkan syarat dia mempunyai hak khiyar iaitu hak untuk membatalkan kontrak dalam tempoh tertentu . Syarat ini boleh dinyatakan ketika memeterai kontrak ataupun selepas daripada itu, tetapi mestilah sebelum mereka berpisah dari majlis tersebut. Khiyar ini dinamakan khiyar syarat kerana pihak yang terlibat meletakkan syarat yang tertentu.
(10BI01014 )